Sarsi (jenama) Sarsi_(minuman)

Tin Sarsi F&N Malaysia.

Filipina

Di Filipina, Sarsi adalah nama jenama untuk minuman sarsi (sarsaparilla) dikeluarkan oleh Cosmos Bottling Corporation, sebuah syarikat tempatan yang kini merupakan anak syarikat Coca-Cola Bottlers Philippines, Inc.[1] Cosmos Bottling Corporation telah ditubuhkan pada tahun 1918, mula-mula dikenali sebagai Syarikat Air Berudara Manila. [2] Dahulunya dipanggil sebagai Cosmos Sarsaparilla sehingga tahun 70-an, yang kini dikenali sebagai Sarsi, yang merupakan nama pendek untuk sarsaparilla.

Rasa yang unik yang membezakannya daripada minuman ringan berdasarkan Sarsaparilla lain (rutbir) adalah disebabkan oleh penggunaan pengganti gula, sakarin walaupun pada formula "biasa" mereka mengandungi (Sirap Jagung Tinggi Fruktosa) HFC atau tebu.

Malaysia

Di Malaysia, F&N Sarsi (asalnya dijenamakan sebagai Sarsi) adalah nama jenama untuk minuman sarsi dihasilkan oleh F&N Group. Ia tidak berkaitan dengan jenama yang ditubuhkan di Filipina.